KLIK DENGAN BIJAK (REPUTASI DIGITAL DAN MEMBELI BELAH ATAS TALIAN)
Aktiviti terkini |21 November 2021Tempat Aktiviti:
“Facebook Page” Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Wa
Tujuan :
• Mendidik pengguna internet supaya berhati-hati menggunakan laman sosial kerana apa yang telah dikongsi dalam talian akan kekal dalam talian.
• Memberi kesedaran kepada pengguna internet supaya tidak terpedaya dengan laman web palsu yang bertujuan mencuri maklumat peribadi.
• Mendidik pembeli atas talian tentang isu standard keselamatan kerana barangan yang dibeli mungkin tidak memenuhi standard kualiti atau keselamatan SIRIM.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program diadakan secara atas talian di “Facebook Page” Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Wa.
• Program ini diadakan bersama-sama dengan wakil petugas dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Padang Kubu.
Kelebihan Aktiviti :
• Pengguna internet lebih peka dan berhati-hati semasa menggunakan perkhidmatan atas talian.
• Penipuan atau pemalsuan barangan melalui pembelian dalam talian dapat dielakkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :