INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti
DAERAHDungun
DUNBukit Besi
MUKIMJerangau
PARLIMENP39 Dungun
NEGERITerengganu

Info:
Kampung Wa merupakan sebuah kampung tradisi di tepi sungai Dungun di mana terdapat lebih kurang 150 orang penduduk terdiri daripada 100% orang Melayu. Kampung Wa terletak di antara bandar Dungun dan Bukit Besi. Kampung Wa juga terletak berhampiran susur keluar LPT2 Bukit Besi iaitu kira-kira 5km daripada laluan masuk LPT2. Nama kampung ini diperolehi daripada nama wau yang dijumpai pada zaman dahulu. Kampung ini dilengkapi dengan masjid, wakaf menunggu bas, kedai runcit, kedai makan dan juga sekolah.

Rekreasi & Pelancongan
Tempat Tumpuan Pelancong

Rimba Bandar Bukit Bauk
Pantai Teluk Bidara
Tasik Puteri, Bukit Besi
Kelab Golf, Bukit Besi
Tempat Makan Menarik

Kafe Cakna
Kedai Belakang
Mak Wan Mee Sup
Restoran Simpang Bukit Besi
Homestay

Muslimah Homestay
+60 19-918 0401
Kampung Sura Atas, 23000 Kuala Dungun, Terengganu
RM150 per night
Al-Amin Homestay
+60 19-918 0401
Jalan Masjid Lama, 23000 Kuala Dungun, Terengganu
RM150 per night
Kemudahan Awam
Masjid Kampung Wa
Pejabat Polis Jerangau
Klinik Kesihatan Jerangau
Wakaf Menunggu Bas
Pendidikan
Sekolah Kebangsaan Kampung Wa
Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Pulut
Kisah Kejayaan
Nama : Norafizah Binti Ali
Alamat : Kampung Pinang Baru, 23000 Dungun, Terengganu
No. Telefon : 011-29040442
Tahun menjadi Ahli NaDi : 2018

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NaDi :
Norafizah Ali sebelum ini mengambil tender sebagai tukang masak di kantin sekolah. Kini beliau sudah mempunyai kedai makan sendiri. Beliau telah mengusahakan kedai makan tersebut selama hampir setahun dan kini kedainya mula dikenali ramai. Pada awalnya, beliau membuka kedai makan dan hanya diketahui ramai dari mulut ke mulut. Tiada promosi melalui media sosial dilakukan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NaDi :
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Wa, beliau kini menggunakan facebook bagi mempromosikan jualan makanan di kedai makan beliau. Selain itu, beliau juga belajar bagaimana untuk membuat menu dan poster tentang makanan dan minuman yang dijualnya.




Nama : Aini Natasha Binti Abu Hassan
Alamat : Kampung Wa, 23000 Dungun, Terengganu
Umur : 11 Tahun
Tahun menjadi Ahli NaDi : 2017

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NaDi :
Aini Natasha merupakan pelajar tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kampung Wa. Dia merupakan salah seorang ahli aktif NaDi yang selalu datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) untuk menghabiskan masa lapang dan seorang pelajar yang aktif. Sebelum pembelajaran ICT, Aini hanya datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) untuk melayari youtube dan tidak berapa mahir mengenai software lain yang terdapat pada komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NaDi :
Melalui kelas latihan ICT, Aini belajar mengenai penggunaan internet dengan selamat disamping menjadikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) sebagai salah satu medium pembelajaran.

Keusahawanan
Nama : Shaikah Binti Sulaiman
Alamat : 209, Kampung Wa Baru, 23000 Dungun, Terengganu
No. Telefon : 019-9924037
Tahun menjadi Ahli NaDi : 2017

Shaikah merupakan pelajar jurusan bachelor komunikasi major kemanusiaan di Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor. Pada awalnya, Shaikah hanya membeli crispy kapit untuk diri sendiri sahaja tetapi disebabkan kuih tersebut menjadi kegilaan ramai pada masa itu, beliau mengambil keputusan untuk menjual kuih tersebut kepada orang ramai.

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Wa, beliau kini menggunakan facebook dan instagram bagi mempromosikan produk beliau. Beliau kini menjadi ‘dropship’ kuih crispy kapit. Pendapatan bulanan beliau tidak tetap bergantung kepada masa terluang yang ada dan boleh mencecah RM300 – RM500 ketika musim cuti semester.