Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Wa Baru merupakan sebuah kampung tradisional di dalam Daerah Dungun, Mukim Jerangau dan termasuk di dalam wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Mengikut apa yang diceritakan oleh orang dulu-dulu, kampung ini mula dibuka oleh sekumpulan pendatang berasal dari Kota Tinggi Johor yang dikaitkan dengan peristiwa “sultan Mahmud Mangkat Dijulang”. Kampung Wa dinamakan sempena sebuah rangka wau besar (layang-layang) yang diperbuat daripada batang nibong yang ditemui di kawasan padi tenggala dikenali Padang Gaga terletak di Kampung Wa Lama. Jarak di antara Bandar Dungun dengan Kampung Wa adalah lebih kurang 25km. Dahulunya Kampung Pinang, Kampung Lentang dan Kampung Padang Ping merupakan kampung-kampung dibawah gabungan Kampung Wa selaku Kampung Induk tetapi kampung-kampung ini telah ditadbirkan sendiri dibawah JKKK masing-masing.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PROGRAM BULANAN – PROGRAM KESEDARAN DIGITAL DAN KESELAMATAN INTERNET
Aktiviti Terkini | 26 September 2024Program ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Sultan Omar bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar dan guru tentang risiko dan ancaman dalam dunia digital termasuk serangan siber, penipuan dalam internet dan privasi data. ....baca selanjutnya
KELAS ICT– MICROSOFT OFFICE EXCEL
Aktiviti Terkini | 16 Ogos 2024Peserta membuat kerja kursus bagi mata pelajaran Perniagaan menggunakan Microsoft Office Excel....baca selanjutnya
KELAS ICT– BANTUAN PERSEDIAAN PENGAJIAN IPT
Aktiviti Terkini | 30 Julai 2024Peserta membuka Portal Rasmi Yayasan Terengganu untuk membuat permohonan bagi skim persediaan sebelum meneruskan pengajian....baca selanjutnya
KELAS ICT– CREATE SLIDE PRESENTATION USING CANVA
Aktiviti Terkini | 10 Jun 2024Petugas NADI mengajar cara untuk memilih template yang bersesuaian dengan topik pembentangan....baca selanjutnya
KELAS ICT– CREATE BROCHURE USING CANVA
Aktiviti Terkini | 3 Mei 2024Petugas NADI mengajar cara untuk menghasilkan brochure yang menarik menggunakan Canva....baca selanjutnya
KELAS ICT– MICROSOFT OFFICE WORD
Aktiviti Terkini | 2 April 2024Petugas NADI mengajar cara untuk menjadikan kerja kursus tersebut lebih kemas dan teratur seperti keseragaman jenis tulisan dan saiz, spacing, justify, layout dan sebagainya....baca selanjutnya
KELAS ICT– MICROSOFT POWERPOINT (SLIDE PRESENTATION)
Aktiviti Terkini | 10 Mac 2024Peserta menggunakan Microsoft Powerpoint untuk membuat slide yang akan dibentangkan di tempat kerjanya....baca selanjutnya
PEMBUKAAN KAUNTER MAIDAM PENDIDIKAN
Aktiviti Terkini | 13 Februari 2024Pembukaan Kaunter MAIDAM Pendidikan diadakan bagi memudahkan golongan yang berpendapatan rendah untuk memohon bantuan awal persekolahan yang disediakan untuk anak-anak yang berumur 7 tahun dan ke atas ....baca selanjutnya
PEMBUKAAN KAUNTER PENDAFTARAN PADU
Aktiviti Terkini | 19 - 20 Januari 2024Memastikan penduduk di Malaysia yang layak tidak tercicir menerima bantuan dan perlindungan daripada pelbagai inisiatif kerajaan......baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya