LIVE FB: AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN

Aktiviti terkini |3 April 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Wa

Ringkasan Aktiviti :
• Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Wa berkongsi tentang keistimewaan bulan Ramadan dan amalan-amalan yang boleh dilakukan sepanjang Ramadan. Selain itu, diperkenalkan juga DuitNow QR dan cara mengaktifkan QRpay Maybank.

Tujuan :
• Menyenaraikan keistimewaan bulan Ramadan dan amalan yang dilakukan sepanjang Ramadan.
• Memperkenalkan DuitNow QR kepada penjual di bazar Ramadan dan kedai-kedai untuk memudahkan pelanggan membuat pembayaran tanpa tunai.
• Menunjukkan cara untuk mengaktifkan QRpay Maybank.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini diadakan bersama-sama dengan wakil petugas dari PEDi Sungai Udang dan PEDi Bukit Anak Dara.
• Program ini melibatkan pengikut-pengikut Facebook Page PEDi Kampung Wa, PEDi Sungai Udang dan PEDi Bukit Anak Dara.

Kelebihan Aktiviti :
• Umat Islam dapat melakukan amalan-amalan dengan sebaiknya dan memanfaatkan keistimewaan sepanjang bulan Ramadan.
• Memudahkan urusan pembayaran pelanggan dengan hanya perlu mengimbas satu kod QR sahaja sekaligus dapat menjimatkan masa.
• Mengelakkan terjadi masalah tiada duit kecil kerana dengan QRPay, pelanggan boleh terus membayar harga yang perlu dibayar tanpa menunggu pulangan baki.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :