LIVE FB: JENAYAH SIBER - #TAKNAKSCAM

Aktiviti terkini |25 Februari 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Wa


Ringkasan Aktiviti :
• Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Wa berkongsi tentang #TakNakScam” bagi mendidik masyarakat daripada terjebak dengan jenayah siber yang semakin meningkat ini dan dapat mengambil langkah yang sepatutnya dengan memastikan platform digital kita sentiasa selamat.

Tujuan :
• Menerangkan pelbagai jenis scam.
• Menyenaraikan langkah yang perlu diambil agar kekal waspada dalam mengenalpasti, mengesahkan dan melaporkan penipu kewangan.
• Menerangkan tentang tips keselamatan dalam talian.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini diadakan bersama-sama dengan wakil petugas dari PEDi Sungai Udang dan PEDi Bukit Anak Dara.
• Program ini melibatkan pengikut-pengikut Facebook Page PEDi Kampung Wa, PEDi Sungai Udang dan PEDi Bukit Anak Dara.

Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan kesedaran orang ramai supaya tidak menjadi mangsa penipuan kewangan.
• Masyarakat mengetahui langkah untuk bertindak cepat sekiranya telah menjadi mangsa penipuan dalam talian.
• Platform-platform digital akan dipastikan sentiasa selamat daripada ancaman jenayah siber yang berleluasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :