LIVE FB: PERANAN IBU BAPA DI ERA DIGITAL

Aktiviti terkini 17 Julai 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Wa

Ringkasan Aktiviti :
• Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Wa membuat perkongsian tentang Peranan Ibu Bapa di Era Digital merangkumi risiko terhadap kanak-kanak dan tip pencegahan supaya tidak menjadi mangsa jenayah siber.

Tujuan :
• Menerangkan ancaman-ancaman utama dalam dunia siber hari ini.
• Menghuraikan hak kanak-kanak di zaman digital tanpa mengabaikan risiko yang bakal dihadapi sekiranya tidak dipantau penggunaan gajet dan internet.
• Menyenaraikan peranan ibu bapa bagi melahirkan warga digital yang hebat.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini diadakan bersama-sama dengan wakil petugas dari PEDi Sungai Udang dan juga PEDi Bukit Anak Dara.
• Program ini melibatkan pengikut-pengikut Facebook Page PEDi Kampung Wa, PEDi Sungai Udang dan PEDi Bukit Anak Dara.

Kelebihan Aktiviti :
• Ibu bapa mengetahui dengan lebih lanjut tentang ancaman-ancaman utama dalam dunia siber.
• Ibu bapa dapat memantau kegiatan anak-anak supaya tidak menjadi mangsa jenayah siber.
• Masyarakat dapat sama-sama memainkan peranan bagi memastikan kanak-kanak menggunakan internet dengan sebaiknya sekaligus melahirkan warga digital yang hebat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :