LIVE FB: AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Aktiviti terkini |25 Mac 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Wa

Ringkasan Aktiviti :
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Wa berkongsi tentang Amalan Gaya Hidup Sihat supaya masyarakat dapat menjadikannya sebagai rutin harian termasuk diet pemakanan yang berkhasiat, aktif secara fizikal dan pengurusan tekanan yang betul agar dapat menjaga dan meningkatkan kesihatan.

Tujuan :
• Menerangkan cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat.
• Menyenaraikan kepentingan mengamalkan kehidupan yang sihat.
• Menghuraikan kesan sekiranya mengabaikan amalan gaya hidup sihat.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini diadakan bersama-sama dengan wakil petugas dari PEDi Padang Kubu.
• Program ini melibatkan pengikut-pengikut Facebook Page PEDi Kampung Wa dan PEDi Padang Kubu.

Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan kesedaran orang ramai supaya mengamalkan gaya hidup sihat.
• Masyarakat mengetahui langkah yang patut diambil bagi memupuk amalan gaya hidup sihat sekaligus menjadikannya sebagai rutin harian.
• Masyarakat yang sihat dari aspek fizikal dan mental akan melahirkan individu yang berketrampilan tinggi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :