LIVE FB: PERMAINAN DALAM TALIAN DAN MEMBELI BELAH DALAM TALIAN

Aktiviti terkini |20 Mei 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Wa

Ringkasan Aktiviti :
• Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Wa membuat perkongsian Klik Dengan Bijak berkenaan topik permainan dalam talian dan membeli belah dalam talian.

Tujuan :
• Menyenaraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan keselamatan privasi dapat dijaga ketika bermain permainan dalam talian.
• Membincangkan tips yang boleh dibuat oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak tidak terjebak dalam jenayah siber.
• Menerangkan tentang risiko yang biasa dikaitkan dengan pembelian barangan dan perkhidmatan atas talian.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini diadakan bersama-sama dengan wakil petugas dari PEDi Padang Kubu.
• Program ini melibatkan pengikut-pengikut Facebook Page PEDi Kampung Wa dan PEDi Padang Kubu.

Kelebihan Aktiviti :
• Pemain permainan dalam talian mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.
• Ibu bapa mengetahui aktiviti anak-anak supaya tidak terlibat dengan jenayah siber atau menjadi mangsa buli siber.
• Pengguna dalam talian dapat berhati-hati ketika membuat pembelian barangan dan perkhidmatan atas talian supaya tidak menjadi mangsa penipuan kewangan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :