BENGKEL ASAS MICROSOFT OFFICE WORD

Aktiviti terkini | 25 & 26 November 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Wa

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini merupakan aktiviti bulanan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Wa dan diadakan bagi membimbing pelajar Tahun 4 – Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kampung Wa tentang asas penggunaan Microsoft Office Word dan sedikit sebanyak dapat membantu mereka menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh guru-guru.

Tujuan :
• Mengajar cara mencari maklumat dalam carian Google dan memindahkan maklumat tersebut ke dalam Microsoft Office Word.
• Memberi pendedahan tentang asas penyediaan dokumen Microsoft Word seperti saiz tulisan, jenis tulisan, cara memasukkan gambar dan sebagainya.
• Membolehkan pelajar menghasilkan dokumen yang lebih berkesan dan teratur sekaligus dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam penggunaan ICT.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini dijalankan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Wa.
• Program ini diadakan kepada pelajar yang berumur 10-12 tahun.
• Antara perisian program adalah:
• Pengenalan kepada Microsoft Office Word
• Memasukkan Teks dan Objek
• Penghasilan dokumen yang kemas dan teratur

Kelebihan Aktiviti :
• Pelajar dapat meningkatkan kemahiran asas dalam penggunaan komputer selaras dengan kemajuan teknologi.
• Pelajar dapat menyediakan laporan kerja kursus dengan kemas dan teratur.
• Pelajar dapat berkongsi ilmu yang diperolehi dengan kawan-kawan yang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :