PERTANDINGAN MEWARNA MERDEKA 2022

Aktiviti terkini | 21 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Kampung Wa

Ringkasan Aktiviti :
• Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Wa mengadakan Pertandingan Mewarna sempena bulan kemerdekaan 2022 bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama yang terbuka kepada peserta yang berumur 5 hingga 12 tahun.

Tujuan :
• Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.
• Menanam rasa bangga dan menghormati Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan negara.
• Menyemai rasa syukur dan menghargai kebebasan dan kemerdekaan negara.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini disertai oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Kampung Wa.
• Program ini turut mendapat kerjasama daripada Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Kampung Wa dengan sumbangan minuman kepada semua peserta.

Kelebihan Aktiviti :
• Semangat patriotik dalam kalangan peserta dapat dipupuk dan disemarakkan.
• Mengeratkan perpaduan dalam kalangan peserta dan bersyukur tinggal di negara yang aman damai.
• Menggilap kreativiti pelajar melalui aktiviti yang diadakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :