LIVE FB: PERANCANGAN KEWANGAN KELUARGA

Aktiviti terkini | 18 September 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Wa

Ringkasan Aktiviti :
• Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Wa membuat perkongsian tentang Perancangan Kewangan Keluarga merangkumi matlamat kewangan dan langkah-langkah terbaik memastikan perjalanan kewangan yang lebih baik.

Tujuan :
• Mengenalpasti matlamat kewangan untuk keluarga.
• Menyenaraikan langkah-langkah terbaik untuk mencapai matlamat kewangan.
• Membincangkan kepentingan dan faedah membuat perancangan kewangan dengan teliti.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini diadakan bersama-sama dengan wakil petugas dari PEDi Sungai Udang dan juga PEDi Bukit Anak Dara.
• Program ini melibatkan pengikut-pengikut Facebook Page PEDi Kampung Wa, PEDi Sungai Udang dan PEDi Bukit Anak Dara.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat menyelamatkan diri daripada hutang yang tidak berpatutan ataupun bergantung kepada orang lain.
• Dapat membantu dalam memantau perbelanjaan supaya tidak boros kepada perkara yang tidak perlu.
• Dapat memberikan pemahaman kewangan yang lebih baik dan mengekalkan taraf hidup yang sama di masa depan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :