MAJLIS KESYUKURAN DAN BACAAN YASIN

Aktiviti terkini | 21 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kampung Wa

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini diadakan bagi memanjatkan kesyukuran kerana PEDi Kampung Wa telah mendapat sambutan yang baik dalam kalangan penduduk setempat setelah hampir enam tahun beroperasi dan berharap tahun baru 2023 ini berjalan dengan lancar.
• Selain itu, program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dengan masyarakat setempat.

Tujuan :
• Melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek.
• Melahirkan kesedaran kepada penduduk setempat untuk sentiasa bersyukur.
• Berdoa dan berharap supaya dijauhkan dari segala keburukan dan PEDi Kg Wa sentiasa dalam keadaan baik.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini disertai ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg Wa seramai 20 orang.

Kelebihan Aktiviti :
• Menjadi insan yang sentiasa bersyukur dalam semua aspek.
• Mengeratkan hubungan antara staf PEDi Kg Wa dengan penduduk kampung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :