ROBOTIC HAND

Aktiviti terkini | 22 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Wa

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini diadakan bagi memperkenalkan pembelajaran STEM kepada pelajar iaitu singkatan kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.
• Program ini dimulai dengan tontonan video di youtube berkenaan cara menghasilkan Robotic Hand sebelum projek bermula.
• Pelajar dibekalkan peralatan seperti pensil, gunting, straw, benang, lidi dan kertas warna.

Tujuan :
• Menarik minat pelajar terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matemarik.
• Memupuk kemahiran berfikir kritikal dan kreatif untuk menyelesaikan masalah sebenar melalui aktiviti mencipta.
• Merangsang proses pembelajaran dan meningkatkan motivasi diri.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini dijalankan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Wa.
• Program ini dihadiri oleh pelajar dari Sekolah Kebangsaan Kg Wa.

Kelebihan Aktiviti :
• Peserta dapat belajar mengenai dunia robotik melalui aktiviti kejuruteraan yang mudah dan inventif ini.
• Menggabungkan unsur-unsur STEM dan seni untuk peluang pembelajaran yang dinamik dan menarik.
• Peserta dapat meneroka bidang kejuruteraan dan berfikir secara kreatif tentang reka bentuk dan membina ‘Robotic Hand’ mereka sendiri.

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :