JOM BUAT ORIGAMI!

Aktiviti terkini | 24 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Wa

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini diadakan bagi mengisi masa terluang pelajar pada hari cuti hujung minggu dengan aktiviti yang bermanfaat iaitu belajar membuat origami dengan dibantu oleh staf Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Wa dan melalui tontonan video di Youtube.

Tujuan :
• Melatih kemampuan mengikut arahan dan turutan bagi menyelesaikan origami.
• Mempertingkatkan koordinasi tangan dan mata serta kemampuan kognitif pelajar.
• Melatih kesabaran dan ketekunan pelajar.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini dijalankan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Wa.
• Dihadiri oleh 30 orang peserta dari Sekolah Kebangsaan Kg Wa.

Kelebihan Aktiviti :
• Peserta dapat mengekalkan konsentrasi untuk jangka waktu dalam aktiviti yang sama.
• Peserta dapat belajar tentang dunia Matematik melalui lipatan yang melibatkan persegi seperti simetri dan sebagainya.
• Kemahiran motor halus pelajar semakin bagus dengan seni lipatan kertas yang mengikut perincian.

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :