KAUNTER BERGERAK PENDAFTARAN PERNIAGAAN BERSAMA SSM

Aktiviti terkini | 8 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Wa

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini merupakan aktiviti bulanan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Wa dan diadakan dengan kerjasama dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi membantu komuniti atau peniaga setempat melakukan pelbagai urusan berkaitan perniagaan.

Tujuan :
• Memberi kemudahan kepada komuniti mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak SSM.
• Membantu usahawan kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa mendaftar perniagaan secara percuma.
• Membantu peniaga yang ingin mengemaskini maklumat perniagaan atau menamatkan perniagaan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini dijalankan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Wa dengan kerjasama daripada pihak SSM.

Kelebihan Aktiviti :
• Peniaga yang mempunyai masalah tentang lessen perniagaan boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak SSM.
• Komuniti yang layak dapat mendaftar perniagaan secara percuma.
• Menggalakkan peniaga untuk mempunyai lessen perniagaan yang sah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :