PROGRAM PEMERIKSAAN MATA PERCUMA

Aktiviti terkini | 3 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Wa

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini diadakan oleh Pusat Cermin Mata Allvision cawangan Dungun yang berkunjung ke PEDi Kg Wa untuk membuat pemeriksaan mata secara percuma dan mempromosi produk mereka kepada penduduk di kawasan sekitar.

Tujuan :
• Membuat pemeriksaan mata secara percuma kepada penduduk di kawasan sekitar.
• Memberi khidmat nasihat berkenaan mata dan cermin mata.
• Mempromosi dan menjual pelbagai jenis cermin mata dan produk yang berkaitan mengikut keperluan pengguna.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini dijalankan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Wa.
• Dihadiri oleh 30 orang pengunjung dengan 2 orang petugas dari Pusat Cermin Mata Allvision Dungun.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memberi kemudahan kepada warga sekitar untuk membuat pemeriksaan mata memandangkan jarak yang jauh untuk ke Pusat Cermin Mata.
• Dapat memberi kesedaran mengenai kepentingan penjagaan mata dengan betul.

Nama VIP :
• Encik Muhammad Amsyar
• Encik Hazlyme

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :