PERTANDINGAN MEWARNA DAN JIGSAW PUZZLE SEMPENA HARI MALAYSIA

Aktiviti terkini | 19 September 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Wa

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini diadakan sempena sambutan Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun dan terbuka kepada semua pelajar berumur 7-12 tahun.
• Dua kategori yang telah dipertandingkan iaitu pertandingan mewarna bagi pelajar 7-9 tahun dan pertandingan ‘jigsaw puzzle’ bagi pelajar berumur 10-12 tahun.
• Program berakhir dengan tayangan video tentang kemerdekaan.

Tujuan :
• Meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar.
• Menyedarkan murid tentang kelebihan hidup dalam sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.
• Melahirkan pelajar yang kreatif dan berdaya saing.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini dijalankan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Wa bermula pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang.
• Program ini dihadiri oleh pelajar dari Sekolah Kebangsaan Kg Wa.

Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk semangat daya saing yang tinggi dan sihat melalui pertandingan yang diadakan.
• Melahirkan rasa syukur kerana hidup dalam sebuah negara yang aman damai.
• Mengeratkan silaturrahim antara peserta dengan staf PEDi Kg Wa.

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :