PEMBUKAAN KAUNTER PENDAFTARAN PADU

Aktiviti terkini | 19-20 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Kampung Wa

Ringkasan Aktiviti :
• Pembukaan kaunter pendaftaran PADU diadakan bagi memudahkan komuniti mengisi maklumat peribadi di dalam PADU iaitu satu pangkalan data mengandungi profil penduduk warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun dan ke atas di Malaysia bagi membantu kerajaan melaksanakan dasar secara bersasar.

Nama VIP
• Nan Iazan binti Megat Mansor
• Cik Fauziah binti Aziz

Tujuan :
• Memastikan penduduk di Malaysia yang layak tidak tercicir menerima bantuan dan perlindungan daripada pelbagai inisiatif kerajaan.
• Meningkatkan kecekapan perancangan dasar dan pengagihan sumber terutama agihan subsidi dan bantuan kerajaan bersasar kepada rakyat yang benar-benar layak.
• Mengurangkan ketirisan dan perbelanjaan subsidi yang ditanggung kerajaan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini dijalankan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Wa.
• Pendaftaran PADU dibantu oleh 2 orang pegawai dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Kelebihan Aktiviti :
• Komuniti setempat dapat mendaftar PADU dengan bantuan dari pegawai DOSM.
• Tiada individu yang tercicir untuk mendaftar PADU disebabkan tidak tahu cara untuk mendaftar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :