PROGRAM BULANAN – PROGRAM KESEDARAN DIGITAL DAN KESELAMATAN INTERNET

Aktiviti terkini | 26 September 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Kg Wa

Ringkasan Aktiviti :
• Program dimulakan pada pukul 8.00 pagi di dewan sekolah dengan ucapan alu-aluan daripada Guru Besar.
• Kemudian, ketua NADI Kluster Dungun memberi sedikit ucapan seterusnya menyampaikan pengenalan tentang NADI.
• Program diteruskan dengan taklimat tentang kesedaran digital dan keselamatan internet oleh wakil petugas NADI.
• Kuiz dan soal jawab diadakan selepas taklimat dan diakhiri dengan sesi bergambar bersama pihak sekolah.

Tujuan :
• Program ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Sultan Omar bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar dan guru tentang risiko dan ancaman dalam dunia digital termasuk serangan siber, penipuan dalam internet dan privasi data.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini diadakan denga kerjasama semua NADI Kluster Dungun iaitu sebanyak 8 NADI.
• Program ini melibatkan seramai 989 orang pelajar.
• Program diadakan di Sekolah Kebangsaan Sultan Omar.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memberi kesedaran kepada peserta untuk menggunakan internet dengan lebih selamat dan beretika, serta meminimumkan risiko yang mungkin timbul.
• Dapat menyediakan panduan tentang penggunaan teknologi secara seimbang dan mengenali tanda-tanda ancaman digital.
• Dapat mengajar tentang cara melindungi maklumat peribadi dalam talian dan memahami hak-hak pengguna berkenaan dengan data mereka.

Nama VIP
• Guru Besar : Rusmadi bin Abdullah
• Penolong Kanan Pentadbiran : Nor Nizam bin Ramli
• Penolong Kanan Kokurikulum : Abu Seman bin Mat Salleh
• Penolong Kanan Pendidikan Khas : Baharudin bin Ismail
• Penyelaras Program : Suzihan bt Sulaiman

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :