Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Wa Baru merupakan sebuah kampung tradisional di dalam Daerah Dungun, Mukim Jerangau dan termasuk di dalam wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Mengikut apa yang diceritakan oleh orang dulu-dulu, kampung ini mula dibuka oleh sekumpulan pendatang berasal dari Kota Tinggi Johor yang dikaitkan dengan peristiwa “sultan Mahmud Mangkat Dijulang”. Kampung Wa dinamakan sempena sebuah rangka wau besar (layang-layang) yang diperbuat daripada batang nibong yang ditemui di kawasan padi tenggala dikenali Padang Gaga terletak di Kampung Wa Lama. Jarak di antara Bandar Dungun dengan Kampung Wa adalah lebih kurang 25km. Dahulunya Kampung Pinang, Kampung Lentang dan Kampung Padang Ping merupakan kampung-kampung dibawah gabungan Kampung Wa selaku Kampung Induk tetapi kampung-kampung ini telah ditadbirkan sendiri dibawah JKKK masing-masing.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


SMART GENIUS PROGRAMME

Aktiviti Terkini | 02 - 09 Disember 2017

Program ini adalah program lanjutan yang telah diadakan pada bulan November. Program ini dianjurkan dengan kerjasama daripada pihak Sekolah Kebangsaan Kampung Wa sempena cuti sekolah untuk memanfaatkan cuti sekolah dengan pelbagai program berasaskan teknologi....baca selanjutnya

SMART GENIUS PROGRAMME

Aktiviti Terkini | 24 & 25 November 2017

Program ini dianjurkan dengan kerjasama daripada pihak Sekolah Kebangsaan Kampung Wa sempena cuti sekolah untuk memanfaatkan cuti sekolah dengan pelbagai program berasaskan teknologi....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK DI SEKOLAH KEBANGSAAN JERANGAU

Aktiviti Terkini | 11 Oktober 2017

Program ini dianjurkan untuk membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet dikalangan pelajar....baca selanjutnya

'3D PRINTER TRAINING'

Aktiviti Terkini | 29 - 30 September 2017

Kursus ini bertujuan untuk mempelajari cara-cara penggunaan perisian Sketchup dan menghasilkan produk 3D dengan menggunakan printer 3D...baca selanjutnya

HARI PERASMIAN PI1M KAMPUNG WA

Aktiviti Terkini | 09 September 2017

Program ini dijalankan bagi memperkenalkan dan mempromosi perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak Pi1M secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK DI SK KAMPUNG WA

Aktiviti Terkini | 22 Ogos 2017

Program ini dianjurkan untuk membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet dikalangan pelajar....baca selanjutnya

SEHARI BERSAMA AHLI PI1M KAMPUNG WA

Aktiviti Terkini | 29 Julai 2017

Aktiviti ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu gotong-royong di dalam Pi1M dan juga di kawasan sekitar pada sebelah pagi manakala pada sebelah petang pula, diadakan kelas ICT untuk ahli Pi1M....baca selanjutnya

PEMERIKSAAN MATA PERCUMA

Aktiviti Terkini | 17 Jun 2017

Pemeriksaan ini diadakan bertujuan mengesan sebarang masalah mata dan penglihatan dalam kalangan warga setempat, memberikan khidmat nasihat percuma tentang mata, membantu untuk rujukan ke hospital sekiranya terdapat sebarang masalah dan menawarkan pakej cermin mata dengan harga yang rendah dan berpatutan....baca selanjutnya

MEREKA KAD UCAPAN HARI GURU BERSAMA PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG WA

Aktiviti Terkini | 19 Mei 2017

Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengenang dan membalas jasa guru, memberi kesedaran kepada pelajar agar bertanggungjawab terhadap pembelajarannya, melahirkan kesedaran kepada pelajar tentang betapa besarnya pengorbanan seorang guru dan menghidupkan amalan menghormati guru dalam kalangan murid....baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

Majlis Bacaan Yassin

Aktiviti Terkini | 21 April 2017

Majlis ini bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dan melahirkan penduduk kampung yang cintakan agama islam....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti