Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Wa Baru merupakan sebuah kampung tradisional di dalam Daerah Dungun, Mukim Jerangau dan termasuk di dalam wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Mengikut apa yang diceritakan oleh orang dulu-dulu, kampung ini mula dibuka oleh sekumpulan pendatang berasal dari Kota Tinggi Johor yang dikaitkan dengan peristiwa “sultan Mahmud Mangkat Dijulang”. Kampung Wa dinamakan sempena sebuah rangka wau besar (layang-layang) yang diperbuat daripada batang nibong yang ditemui di kawasan padi tenggala dikenali Padang Gaga terletak di Kampung Wa Lama. Jarak di antara Bandar Dungun dengan Kampung Wa adalah lebih kurang 25km. Dahulunya Kampung Pinang, Kampung Lentang dan Kampung Padang Ping merupakan kampung-kampung dibawah gabungan Kampung Wa selaku Kampung Induk tetapi kampung-kampung ini telah ditadbirkan sendiri dibawah JKKK masing-masing.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


BENGKEL MICROSOFT OFFICE WORD (ADVANCED)

Aktiviti Terkini | 10 Disember 2022

Program ini merupakan aktiviti bulanan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Wa dan diadakan bagi membimbing pelajar Tahun 4 – Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kampung Wa tentang Microsoft Office Word secara lebih mendalam dan terperinci....baca selanjutnya

BENGKEL ASAS MICROSOFT OFFICE WORD

Aktiviti Terkini | 25 & 26 November 2022

Program ini merupakan aktiviti bulanan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Wa dan diadakan bagi membimbing pelajar Tahun 4 – Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kampung Wa tentang asas penggunaan Microsoft Office Word dan sedikit sebanyak dapat membantu mereka menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh guru-guru....baca selanjutnya

SUNDAY FUNDAY

Aktiviti Terkini | 23 Oktober 2022

Program ini merupakan aktiviti bulanan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Wa dan diadakan bagi mengisi masa terluang sempena cuti sekolah dengan aktiviti yang menyeronokkan. Pelbagai aktiviti diadakan kepada pelajar yang berumur di antara 7-12 tahun....baca selanjutnya

LIVE FB: PERANCANGAN KEWANGAN KELUARGA

Aktiviti Terkini | 18 September 2022

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Wa membuat perkongsian tentang Perancangan Kewangan Keluarga merangkumi matlamat kewangan dan langkah-langkah terbaik memastikan perjalanan kewangan yang lebih baik....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA MERDEKA 2022

Aktiviti Terkini | 21 Ogos 2022

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Wa mengadakan Pertandingan Mewarna sempena bulan kemerdekaan 2022 bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama yang terbuka kepada peserta yang berumur 5 hingga 12 tahun....baca selanjutnya

LIVE FB: PERANAN IBU BAPA DI ERA DIGITAL

Aktiviti Terkini | 17 Julai 2022

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Wa membuat perkongsian tentang Peranan Ibu Bapa di Era Digital merangkumi risiko terhadap kanak-kanak dan tip pencegahan supaya tidak menjadi mangsa jenayah siber...baca selanjutnya

LIVE FB: PENGHAYATAN IBADAH KORBAN

Aktiviti Terkini | 26 Jun 2022

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Wa membuat perkongsian tentang Penghayatan Ibadah Korban bersempena dengan umat Islam yang akan menyambut perayaaan Aidiladha tidak lama lagi....baca selanjutnya

LIVE FB: PERMAINAN DALAM TALIAN DAN MEMBELI BELAH DALAM TALIAN

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2022

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Wa membuat perkongsian Klik Dengan Bijak berkenaan topik permainan dalam talian dan membeli belah dalam talian....baca selanjutnya

LIVE FB: AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN

Aktiviti Terkini | 3 April 2022

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Wa berkongsi tentang keistimewaan bulan Ramadan dan amalan-amalan yang boleh dilakukan sepanjang Ramadan. Selain itu, diperkenalkan juga DuitNow QR dan cara mengaktifkan QRpay Maybank....baca selanjutnya

LIVE FB: AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Aktiviti Terkini | 25 Mac 2022

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Wa berkongsi tentang Amalan Gaya Hidup Sihat supaya masyarakat dapat menjadikannya sebagai rutin harian termasuk diet pemakanan yang berkhasiat, aktif secara fizikal dan pengurusan tekanan yang betul agar dapat menjaga dan meningkatkan kesihatan....baca selanjutnya

LIVE FB: JENAYAH SIBER - #TAKNAKSCAM

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2022

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Wa berkongsi tentang #TakNakScam” bagi mendidik masyarakat daripada terjebak dengan jenayah siber yang semakin meningkat ini dan dapat mengambil langkah yang sepatutnya dengan memastikan platform digital kita sentiasa selamat....baca selanjutnya

LIVE FB: CARA MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DAN BERKESAN DI TEMPAT KERJA

Aktiviti Terkini | 16 Januari 2022

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Wa berkongsi tentang cara meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan berkesan di tempat kerja bagi membantu meningkatkan produktiviti dan mengekalkan hubungan kerja yang kukuh dalam organisasi....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti