Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Wa Baru merupakan sebuah kampung tradisional di dalam Daerah Dungun, Mukim Jerangau dan termasuk di dalam wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Mengikut apa yang diceritakan oleh orang dulu-dulu, kampung ini mula dibuka oleh sekumpulan pendatang berasal dari Kota Tinggi Johor yang dikaitkan dengan peristiwa “sultan Mahmud Mangkat Dijulang”. Kampung Wa dinamakan sempena sebuah rangka wau besar (layang-layang) yang diperbuat daripada batang nibong yang ditemui di kawasan padi tenggala dikenali Padang Gaga terletak di Kampung Wa Lama. Jarak di antara Bandar Dungun dengan Kampung Wa adalah lebih kurang 25km. Dahulunya Kampung Pinang, Kampung Lentang dan Kampung Padang Ping merupakan kampung-kampung dibawah gabungan Kampung Wa selaku Kampung Induk tetapi kampung-kampung ini telah ditadbirkan sendiri dibawah JKKK masing-masing.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023LIVE FB: PERKONGSIAN MENGENAI PERSEDIAAN BANJIR
Aktiviti Terkini | 26 Disember 2021Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Wa berkongsi tentang persediaan menghadapi banjir merangkumi persiapan sebelum banjir, tindakan yang diambil semasa banjir dan perkara yang perlu dilakukan selepas banjir.....baca selanjutnya
LIVE FB: PERKONGSIAN MENGENAI GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA
Aktiviti Terkini | 24 Disember 2021Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Wa berkongsi tentang gangguan seksual di tempat kerja secara terperinci merangkumi faktor, kesan dan juga cara menangani masalah tersebut....baca selanjutnya
KLIK DENGAN BIJAK (REPUTASI DIGITAL DAN MEMBELI BELAH ATAS TALIAN)
Aktiviti Terkini | 21 November 2021Perkongsian ini disiarkan secara langsung di “Facebook Page” Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Wa untuk membincangkan tentang reputasi digital dan risiko pembelian barangan dan perkhidmatan dalam talian...baca selanjutnya
KETAGIHAN INTERNET DALAM KALANGAN KANAK-KANAK
Aktiviti Terkini | 3 Oktober 2021Perkongsian ini disiarkan secara langsung di “Facebook Page” Pusat Internet Komuniti Kampung Wa untuk membincangkan tentang ketagihan internet dalam kalangan kanak-kanak...baca selanjutnya
SENI, BUDAYA DAN WARISAN DI TERENGGANU
Aktiviti Terkini | 26 September 2021Perkongsian ini disiarkan secara langsung di “Facebook Page” Pusat Internet Komuniti Kampung Wa untuk memperkenalkan tentang seni, budaya dan warisan di negeri Terengganu....baca selanjutnya
IDEA BUAT DUIT TEPI SEMASA PKP
Aktiviti Terkini | 12 Ogos 2021Perkongsian ini disiarkan secara langsung di “Facebook Page” Pusat Internet Komuniti Kampung Wa untuk memberi idea kepada masyarakat menjana pendapatan sampingan semasa pandemik ini...baca selanjutnya
FACEBOOK LIVE (KESEDARAN PENDAFTARAN VAKSIN)
Aktiviti Terkini | 4 Julai 2021Facebook live ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang kepentingan vaksin....baca selanjutnya
FACEBOOK LIVE (APA ITU MYCOMMS)
Aktiviti Terkini | 9 Jun 2021Facebook live ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tujuan Mycomms dan fungsinya....baca selanjutnya
FACEBOOK LIVE BUAL BICARA KDB (KESELAMATAN KOMPUTER & MAKLUMAT PERIBADI)
Aktiviti Terkini | 23 Mei 2021Facebook live ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya mengambil tahu tentang keselamatan komputer dan menjaga maklumat peribadi di laman social....baca selanjutnya
FACEBOOK LIVE KLIK DENGAN BIJAK (CHECK YOUR LABEL)
Aktiviti Terkini | 25 April 2021Pusat Internet Kg Wa bekerjasama dengan Pusat Internet Bukit Anak dara mengadakan Facebook live tentang Check Your Label untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai Label MCMC yang sah....baca selanjutnya
FACEBOOK LIVE KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PIK KG TENGKAWANG (PENGURUSAN KEWANGAN)
Aktiviti Terkini | 28 Mac 2021Facebook live ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya mengambil tahu tentang pengurusan kewangan dan risiko akibat terpedaya dengan penipuan kewangan dalam talian....baca selanjutnya
FACEBOOK LIVE KLIK DENGAN BIJAK (OVERSHARING)
Aktiviti Terkini | 27 Februari 2021Facebook live ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya mengambil tahu tentang risiko dan akibat “oversharing” ataupun berkongsi maklumat secara berlebihan....baca selanjutnya
TUTORIAL TELEGRAM BOT
Aktiviti Terkini | 5 Januari 2021Tutorial tentang telegram bot iaitu satu program komputer yang menjalankan tugas-tugas tertentu secara automatik berdasarkan arahan tertentu yang kita bagi melalui applikasi telegram....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya