Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Wa Baru merupakan sebuah kampung tradisional di dalam Daerah Dungun, Mukim Jerangau dan termasuk di dalam wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Mengikut apa yang diceritakan oleh orang dulu-dulu, kampung ini mula dibuka oleh sekumpulan pendatang berasal dari Kota Tinggi Johor yang dikaitkan dengan peristiwa “sultan Mahmud Mangkat Dijulang”. Kampung Wa dinamakan sempena sebuah rangka wau besar (layang-layang) yang diperbuat daripada batang nibong yang ditemui di kawasan padi tenggala dikenali Padang Gaga terletak di Kampung Wa Lama. Jarak di antara Bandar Dungun dengan Kampung Wa adalah lebih kurang 25km. Dahulunya Kampung Pinang, Kampung Lentang dan Kampung Padang Ping merupakan kampung-kampung dibawah gabungan Kampung Wa selaku Kampung Induk tetapi kampung-kampung ini telah ditadbirkan sendiri dibawah JKKK masing-masing.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 22 Disember 2018

Program ini diadakan bagi memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pusat internet disamping mengeratkan lagi hubungan antara Pusat Internet Kampung Wa dengan komuniti setempat....baca selanjutnya

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL BERSAMA AHLI PUSAT INTERNET KG WA

Aktiviti Terkini | 30 November 2018

Program ini diadakan bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W disamping menghayati sirah hidup Baginda. Secara tidak langsung, ia memberti peluang kepada peserta supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia Rasulullah serta memperbanyakkan selawat keatas Baginda....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM INDOOR GAMES CHALLENGE

Aktiviti Terkini | 20 Oktober 2018

Program ini diadakan oleh Pusat Internet Kg Wa kepada pelajar-pelajar sekolah dan kanak-kanak sekitar Pusat Internet Kg Wa. Program ini mempunyai beberapa aktiviti yang dapat menguji kemahiran berfikir peserta....baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG DI PUSAT INTERNET KAMPUNG WA

Aktiviti Terkini | 29 September 2018

Program ini dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada peserta untuk menjaga kebersihan disamping mengeratkan lagi silaturahim sesama individu serta memupuk sikap kerjasama antara satu sama lain....baca selanjutnya

PROGRAM KEMERDEKAAN USAHAMA ANTARA KRT DAMAI FELDA JERANGAU DAN PUSAT INTERNET KAMPUNG WA

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2018

Program ini dianjurkan dengan kerjasama antara KRT Damai Felda Jerangau dan Pusat Internet Kampung Wa untuk pertandingan mewarna sempena bulan kemerdekaan....baca selanjutnya

SEMARAK AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 14 Julai 2018

Program ini merupakan aktiviti bulanan di Pusat Internet Kampung Wa yang dianjurkan bagi meraikan bulan aidilfitri yang bakal berakhir. Program Semarak Aidilfitri ini mengandungi pelbagai aktiviti menarik untuk menggalakkan ahli PI Kampung Wa untuk turut serta dan merasa suasana hari raya bersama-sama staff dan juga penduduk setempat....baca selanjutnya

DIY KAD & SAMPUL DUIT RAYA

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2018

Peserta membuat sendiri kad raya dan juga sampul duit raya. Mereka berkongsi idea dan juga membuat rujukan melalui internet bagaimana untuk menghasilkan kad dan sampul duit raya hasil tangan sendiri....baca selanjutnya

PENGAGIHAN SIMCARD MYAGRO

Aktiviti Terkini | 06 Mei 2018

Pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) melalui kerjasama dengan Digi Telecommunications Sdn Bhd di bawah program m@MYAgro telah mengedarkan kad sim Digi Prabayar secara percuma kepada petani/ penternak/ nelayan/ usahawan yang berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)....baca selanjutnya

TEMUDUGA TERBUKA PENGAMBILAN PELAJAR KOLEJ SYUEN

Aktiviti Terkini | 29 April 2018

Program ini dikendalikan oleh Unit Pembangunan Siswazah Kolej Syuen untuk temuduga bagi melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dalam jurusan Pengurusan Penguatkuasaan....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI FESTIVAL PEKAN BUDAYA

Aktiviti Terkini | 20 - 21 Mac 2018

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan kepada para pengungjung yang hadir ke booth Pusat Internet 1Malaysia seperti teka silang kata, dam ular ICT, mencari perbezaan gambar, Kuiz Klik Dengan Bijak dan Check Your Label....baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG DI PI1M KAMPUNG WA

Aktiviti Terkini | 03 Februari 2018

Program ini dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada peserta untuk menjaga kebersihan disamping mengeratkan lagi silaturahim sesama individu serta memupuk sikap kerjasama antara satu sama lain....baca selanjutnya

AKTIVITI BERSAMA PRASEKOLAH

Aktiviti Terkini | 28 Januari 2018

Program ini dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Prasekolah Sekolah Kebangsaan Kampung Wa mengenali Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Wa....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti