Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Wa Baru merupakan sebuah kampung tradisional di dalam Daerah Dungun, Mukim Jerangau dan termasuk di dalam wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Mengikut apa yang diceritakan oleh orang dulu-dulu, kampung ini mula dibuka oleh sekumpulan pendatang berasal dari Kota Tinggi Johor yang dikaitkan dengan peristiwa “sultan Mahmud Mangkat Dijulang”. Kampung Wa dinamakan sempena sebuah rangka wau besar (layang-layang) yang diperbuat daripada batang nibong yang ditemui di kawasan padi tenggala dikenali Padang Gaga terletak di Kampung Wa Lama. Jarak di antara Bandar Dungun dengan Kampung Wa adalah lebih kurang 25km. Dahulunya Kampung Pinang, Kampung Lentang dan Kampung Padang Ping merupakan kampung-kampung dibawah gabungan Kampung Wa selaku Kampung Induk tetapi kampung-kampung ini telah ditadbirkan sendiri dibawah JKKK masing-masing.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


FB LIVE TUTORIAL MEMBUAT PHOTOBOOK MALAYSIA

Aktiviti Terkini |19 Disember 2020

Tutorial membuat photobook diajar secara “Live” dalam facebook bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada orang ramai....baca selanjutnya

FB LIVE PEMBELAJARAN PROGRAM FUTURE SKILLS FOR ALL-SIRI MICROBIT

Aktiviti Terkini | 13 November 2020

Program Future Skills For All-Siri Microbit diajar secara “Live” dalam facebook bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada orang ramai....baca selanjutnya

PROGRAM FUTURE SKILLS FOR ALL – SIRI MICROBIT

Aktiviti Terkini | Sepanjang Bulan Oktober 2020

Program “Future Skills For All (FS4A) - Siri Microbit diadakan di Pusat Internet Kg Wa sepanjang bulan Oktober melibatkan semua pelajar Tahun 4, 5 & 6 Sekolah Kebangsaan Kampung Wa seramai 58 orang...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA & JIGSAW PUZZLE ONLINE

Aktiviti Terkini | 26 September 2020

Memberi kesedaran kepada pelajar untuk memahami erti kebebasan dan keharmoniannya....baca selanjutnya

KUIZ ONLINE “KEMERDEKAAN NORMA BAHARU”

Aktiviti Terkini | 16-31 Ogos 2020

Memupuk dan memperkukuhkan semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada negara...baca selanjutnya

TAKLIMAT KEBAKARAN & KECEMASAN ONLINE OLEH PUSAT PENCEGAHAN KEBAKARAN MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 25 Julai 2020

Memberi pendedahan mengenai punca-punca berlakunya kebakaran...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA POSTER SEMPENA PKPP

Aktiviti Terkini | 26 – 30 Jun 2020

Memberi peluang kepada peserta untuk menjadi lebih kreatif...baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020.....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020.....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya

GUBAHAN COKLAT BOUQUET

Aktiviti Terkini | 28 Februari 2020

Memberi peluang kepada peserta untuk menjadi lebih kreatif...baca selanjutnya

AZAM TAHUN BARU 2020

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2020

Program ini merupakan aktiviti bulanan Pusat Internet Kampung Wa sempena menyambut tahun baru. Peserta perlu menyatakan azam tahun baru mereka menggunakan microsoft powerpoint. Selain itu, peserta perlu membentangkan azam tahun baru mereka....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti