Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Wa Baru merupakan sebuah kampung tradisional di dalam Daerah Dungun, Mukim Jerangau dan termasuk di dalam wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Mengikut apa yang diceritakan oleh orang dulu-dulu, kampung ini mula dibuka oleh sekumpulan pendatang berasal dari Kota Tinggi Johor yang dikaitkan dengan peristiwa “sultan Mahmud Mangkat Dijulang”. Kampung Wa dinamakan sempena sebuah rangka wau besar (layang-layang) yang diperbuat daripada batang nibong yang ditemui di kawasan padi tenggala dikenali Padang Gaga terletak di Kampung Wa Lama. Jarak di antara Bandar Dungun dengan Kampung Wa adalah lebih kurang 25km. Dahulunya Kampung Pinang, Kampung Lentang dan Kampung Padang Ping merupakan kampung-kampung dibawah gabungan Kampung Wa selaku Kampung Induk tetapi kampung-kampung ini telah ditadbirkan sendiri dibawah JKKK masing-masing.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


MEMBUAT ORIGAMI

Aktiviti Terkini | 08 Disember 2019

Program ini diadakan di Pusat Internet Kg Wa sebagai aktiviti bulanan bagi memenuhi masa terluang pelajar dengan aktiviti yang memberi banyak manfaat kepada pelajar....baca selanjutnya

PERTANDINGAN KUIZ MAULIDUR RASUL (KAHOOT)

Aktiviti Terkini | 10 November 2019

Program ini diadakan bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W disamping menghayati sirah hidup Baginda. Secara tidak langsung, ia memberti peluang kepada peserta supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia Rasulullah serta memperbanyakkan selawat keatas Baginda....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA & ONLINE PUZZLE

Aktiviti Terkini | 26 Oktober 2019

Program ini diadakan di Pusat Internet Kg Wa sebagai aktiviti bulanan bagi memenuhi masa terluang pelajar dengan aktiviti mewarna dan juga pertandingan online puzzle....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI FESTIVAL PEKAN BUDAYA

Aktiviti Terkini | 19 - 21 September 2019

Sepanjang Program Advokasi ini berlangsung terdapat pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan seperti memperkenalkan Pi kepada agensi-agensi yang terlibat dan juga kepada pengungjung yang telah hadir ke ekspo ini. Pihak Pi juga telah menyediakan pelbagai aktiviti dan hadiah untuk diberi kepada pengungjung. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti kuiz klik dengan bijak, check value label, teka silang kata, sebenarnya.my, kutipan mobile e-waste, memberi hebahan dan mempromosikan siaran TV Digital Myfreeview. ...baca selanjutnya

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 24 Ogos 2019

Program ini diadakan di Pusat Internet Kg Wa bersempena bulan kemerdekaan bagi menanam dan meningkatkan semangat patriotism yang tinggi di kalangan pelajar melalui aktiviti yang diadakan....baca selanjutnya

ONLINE JIGSAW PUZZLE

Aktiviti Terkini | 27 Julai 2019

Program ini diadakan sebagai aktiviti bulanan di PI Kg Wa bagi mengisi masa terluang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah....baca selanjutnya

MAJLIS JAMUAN RAYA BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG WA

Aktiviti Terkini | 22 Jun 2019

Program ini dianjurkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Wa dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Wa dan juga Pusat Internet Kampung Wa....baca selanjutnya

DIY SAMPUL DUIT RAYA & PEMBAHAGIAN KURMA

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2019

Program ini merupakan aktiviti bulanan Pusat Internet Kampung Wa sempena menyambut hari raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi. Peserta akan membuat sendiri sampul duit raya dengan menggunakan internet sebagai rujukan. Selain itu, peserta akan diagihkan kurma sumbangan dari Pusat Internet Kg Wa sempena bulan Ramadhan....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK SERI DUNGUN

Aktiviti Terkini | 02 April 2019

Sepanjang Program Advokasi ini berlangsung terdapat pelbagai slot yang dijalankan seperti memperkenalkan Pusat Internet kepada semua pelajar dan guru-guru, memberi pendedahan dan kesedaran penggunaan internet, kuiz dan lain-lain....baca selanjutnya

SUNDAY FUNDAY

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2019

Program ini merupakan aktiviti bulanan Pusat Internet Kampung Wa dan diadakan bagi mengisi masa terluang sempena cuti sekolah dengan aktiviti yang menyeronokkan. Pelbagai aktiviti diadakan bagi semua golongan bagi menarik lebih ramai penyertaan dan mengeratkan hubungan....baca selanjutnya

Gotong-royong Di Pusat Internet Kg Wa

Aktiviti Terkini | 01 Februari 2019

Program ini diadakan bagi membersihkan kawasan di sekitar Pusat Internet Kg Wa disamping memupuk kesedaran kepada komuniti untuk menjaga kebersihan...baca selanjutnya

MAJLIS BACAAN YASIN PUSAT INTERNET KG WA

Aktiviti Terkini | 24 Januari 2019

Program ini diadakan bagi memanjatkan kesyukuran kerana Pusat Internet Kampung Wa telah mendapat sambutan yang baik di kalangan komuniti setempat setelah hampir dua tahun beroperasi...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti