Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Wa Baru merupakan sebuah kampung tradisional di dalam Daerah Dungun, Mukim Jerangau dan termasuk di dalam wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Mengikut apa yang diceritakan oleh orang dulu-dulu, kampung ini mula dibuka oleh sekumpulan pendatang berasal dari Kota Tinggi Johor yang dikaitkan dengan peristiwa “sultan Mahmud Mangkat Dijulang”. Kampung Wa dinamakan sempena sebuah rangka wau besar (layang-layang) yang diperbuat daripada batang nibong yang ditemui di kawasan padi tenggala dikenali Padang Gaga terletak di Kampung Wa Lama. Jarak di antara Bandar Dungun dengan Kampung Wa adalah lebih kurang 25km. Dahulunya Kampung Pinang, Kampung Lentang dan Kampung Padang Ping merupakan kampung-kampung dibawah gabungan Kampung Wa selaku Kampung Induk tetapi kampung-kampung ini telah ditadbirkan sendiri dibawah JKKK masing-masing.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


HELLO FUNDAY

Aktiviti Terkini | 21 Disember 2023

Program ini diadakan sempena cuti persekolahan dan terbuka kepada semua pelajar berumur 7-13 tahun...baca selanjutnya

JUALAN CERMIN MATA

Aktiviti Terkini | 15 – 16 November 2023

Program ini dijalankan oleh Astana Optometri yang dihadiri oleh 4 orang petugas Astana Optometri dan 30 orang komuniti sekitar dan diadakan selama dua hari....baca selanjutnya

RETURNING BOOMERANG & PARACHUTE MODEL

Aktiviti Terkini | 26 Oktober 2023

Program ini adalah sebahagian daripada aktiviti STEM bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Kg Wa yang terdiri daripada pelajar yang berumur 7-12 tahun....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA DAN JIGSAW PUZZLE SEMPENA HARI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 19 September 2023

Program ini diadakan sempena sambutan Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun dan terbuka kepada semua pelajar berumur 7-12 tahun...baca selanjutnya

JELAJAH RAHMAH EFKEYO OPTOMETRY KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 16 Ogos 2023

Program ini dijalankan oleh Efkeyo Optometry Kemaman yang dihadiri oleh 2 orang petugas Efkeyo Optometry dan 30 orang komuniti sekitar....baca selanjutnya

ROBOTIC HAND

Aktiviti Terkini | 22 Julai 2023

Program ini diadakan bagi memperkenalkan pembelajaran STEM kepada pelajar iaitu singkatan kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik...baca selanjutnya

JOM BUAT ORIGAMI!

Aktiviti Terkini | 24 Jun 2023

Program ini diadakan bagi mengisi masa terluang pelajar pada hari cuti hujung minggu dengan aktiviti yang bermanfaat iaitu belajar membuat origami dengan dibantu oleh staf Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Wa dan melalui tontonan video di Youtube....baca selanjutnya

PROGRAM PEMERIKSAAN MATA PERCUMA

Aktiviti Terkini | 3 Mei 2023

Program ini diadakan oleh Pusat Cermin Mata Allvision cawangan Dungun yang berkunjung ke PEDi Kg Wa untuk membuat pemeriksaan mata secara percuma dan mempromosi produk mereka kepada penduduk di kawasan sekitar....baca selanjutnya

PROGRAM MEWARNA DAN MENULIS KAD UCAPAN HARI RAYA

Aktiviti Terkini | 20 April 2023

Program ini diadakan sempena perayaan Aidilfitri yang bakal tiba yang disertai oleh pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Kg Wa. Kad ucapan ini mampu mencungkil bakat-bakat kreatif peserta dan menjadikan setiap kad mempunyai nilainya yang tersendiri....baca selanjutnya

KAUNTER BERGERAK PENDAFTARAN PERNIAGAAN BERSAMA SSM

Aktiviti Terkini | 8 Mac 2023

Program ini merupakan aktiviti bulanan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Wa dan diadakan dengan kerjasama dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi membantu komuniti atau peniaga setempat melakukan pelbagai urusan berkaitan perniagaan....baca selanjutnya

PROGRAM CUTI SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2023

Program ini diadakan sempena cuti sekolah bagi mengisi masa terluang pelajar dengan aktiviti bermanfaat iaitu Kahoot sempena Israk Mikraj dan juga membuat “bouquet” untuk pelajar Tahun 4-6 Sekolah Kebangsaan Kg Wa...baca selanjutnya

MAJLIS KESYUKURAN DAN BACAAN YASIN

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2023

Program ini diadakan bagi memanjatkan kesyukuran kerana PEDi Kampung Wa telah mendapat sambutan yang baik dalam kalangan penduduk setempat setelah hampir enam tahun beroperasi dan berharap tahun baru 2023 ini berjalan dengan lancar. Selain itu, program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dengan masyarakat setempat....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti